Nuffnang Ads

Sunday, February 24, 2013

Bagai ayam dan itik

Pasal isu Nik Aziz memperumpamakan penerima BR1M sebagai binatang tu aku ada pendapat sendiri. Aku pun ramai gak kawan dengan orang Kelantan, pernah tido, makan, belajar dengan orang Kelantan. Yang terang & nyata adalah bahasa mereka yang berbeza. Pada pandangan mata dorang, bahasa Johor aku pun berbeza juga. Aku kata bahasa mereka kasar, bila dituturkan oleh lelaki bila berborak bersama kawan-kawan rapat dorang. Mereka kata bahasa aku kasar. Ada juga perbezaan, perkataan yg membawa maksud berlainan, bukan lain maksud sahaja, maksud boleh jadik mencarut tu, haha, baik bahasa pantai barat, baik bahasa pantai timur.

Pasal Nik Aziz nih, dia gunakan perumpamaan, bukanlah disamakan orang dengan binatang. Contoh, ko nih dah macam anjing dengan kucing, jumpa jek bergaduh. Bukanlah kita kata si A nih anjing & si B nih kucing, atau sebaliknya. Cuma menyamakan perangai dorang yang pantang jumpa jek gaduh, macam anjing dengan kucing.

Tapi silapnya bilamana Nik Aziz guna perumpamaan orang yang bagi makan kat binatang, yang sudahnya Kerajaan adalah orangnya, penerima BR1M adalah binatangnya. Maka kesempatan ini diambil untuk hentam Nik Aziz, kesian dia.

Disebabkan perbezaan bahasa, orang boleh terasa & bergaduh. Kata Nik Aziz lagi, baiklah diberi ilmu dari duit. Ya saya pun sokong. Tapi pada pendapat saya Nik Aziz juga perlu bagi ilmu bahasa Kelantannya kepada rakyat-rakyat yang duduk di luar negeri Kelantan, juga ilmu supaya kami semua faham apa yang disampaikan oleh Nik Aziz. Kemudian barulah boleh bagi ucapan, ceramah & komentar yang difahami rakyat jelatan Malaysia tanpa tersilap pemahaman. Walaupun ceramah itu hanya untuk jemaah setempat, tapi sekarang zaman globalisasi, satu video hanya ambil masa beberapa saat untuk upload ke internet dan dilihat orang ramai. Orang ramai yang rata-rata main agak-agak jek bahasa Kelantan, yang akhirnya salah paham, kecik hati dan diakhiri dengan rage.

Kerajaan guna bahasa universal, duit, RM, pitih, fulus, etc. Walaupun macam-macam bahasa & slang, tapi semua orang faham. Orang boleh ambil masa, orang boleh beratur panjang, orang boleh ubah persepsi & orang pun boleh ubah undi hanya dengan bahasa 'duit'. Kerajaan pandai, dia rebrand duit kepada BR1M, bantu rakyat pakai duit rakyat untuk beli rakyat, hehehe.

You got any language better than this?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...