Nuffnang Ads

Saturday, July 19, 2014

Baju raya untuk Comel

Susah betul nak carik baju raya untuk Comel dengan tema warna biru pink. Ada, cantik tapi besar la pulak. Anak aku nih badannya comel, tapi dia tinggi. 

Jalan-jalan Aeon Big aritu Jumpa la satu dress, badan biru, lengan pink, tapi lain la pulak. Aku pun terfikir nak buat crochet lace kat hujung baju & boh applique bunga2 kecik kat badan.


Pattern lace edging amik dari koleksi buku crochet aku. Benang pun dari koleksi jugak, huhu banyak sangat koleksinya 


Tadi, lace dah siap, dah siap jahit last baju. Flower applique dalam proses, pakai pattern daisy amik dari pinterest.


Nampak macam baju tido. But I think it's cute. Masa cuba pakaikan Comel tadi, dia siap twirling lagi, so cute, subhanallah 

Dalam beberapa hari nih siap la kot, insyaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...