Nuffnang Ads

Wednesday, July 16, 2014

Bermaaf2anlah sesama kita #cdm25

Ok la pompuan tu pon dah mintak maaf, aku baca pon kat fb kompeninya. Pakcik mangsa road bully-nya tu pon dah lama maafkan dia. Kita patut amik iktibar dari pakcik tu, cool jek. Kalo pakcik2 lain dah makan penampar la kot, ahaks ops cukup2.

Iktibar satu lagi, kemain ramai kat lokasi peristiwa berkenaan, ada video lagik tapi takde sapa pulak halang pompuan tu sakan memaki hamun pakcik & mengetuk2 kereta pakcik tersebut sesuka hati beliau. Jika ada yang menghalang pasti tak berlaku kejadian yang tak diingini. Nasik pon suda jadik bubur, bubur lambuk pulak tu di bulan yang mulia nih.

Takut2 kita pulak sedekah pahala kat pompuan tu. Kat akhirat lepas la dia nanti. Bermaaf2an la sesama kita di samping berazam untuk mencegah kemungkaran dengan tangan pulak pasni, bukan tangan tekan2 kibod macam aku nih yer, ahaks terkena diri sendiri 😂

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...