Nuffnang Ads

Tuesday, July 15, 2014

Tips kurus #1

Aeon sale, shop RM100 dapat voucher RM10. Boleh la beli bra baru, yer bra2 sudah longgar & perlu ditukar baru, sudah drop 1 saiz. Penangan BPM Biggest Loser 2014 kot, haha.

Beli baju & kasut anak lagi, aduh comel2 barang budak2 nih. Maknya pakai jek yang lama, jalan pun esek pakai selipar jwk sebab nak selesa berjalan dukung anak kan.

Ada orang tanya aku, makan apa bolehlah lose weight banyak gitu. Aku makan macam biasa cuma dikurangkan portion. Sehari sekurang2nya makan 3 kali. Kalo biasa makan nasik 2 senduk, aku amik satu senduk jek. Kalo meeting ada hidang kuih, aku makan jek kuih tapi tak minum air manis. Aku bawak bekal air kosong.

Tu jek la, kalo ada bende lain, memang ada. Tapi aku tak la amik slimming formula ke hape tu, tu semua bahye &  weigh loss tu pon sementara. Bila berenti makan, badan naik balik gila2 punya naik dari yang sebelumnya. Ada gak aku survey, tapi semua tak diyakini termasuk la yang branded wordwide.

Takde pun satu pill, atau satu minuman yang ko makan sekali sehari bleh turunkan berat badan. Sorry for disappointing you guys. Tapi kalo ada pon sure mahal ya amat. Yer ada, tapi nak ke ko bayo RM4-5k?

Cuma aku amik supplements jek la. Tu memang ramai tak percaya boleh kurangkan berat badan. Pokok pangkalnya kena disiplin jaga makan & exercise. Supplements tu bantu jek.

Macam kes aku aku setia amik omega3, lecithin, vit c, kalsium+vit d, alfalfa. Malam sebelum tido susu kambing segelas. Nak exercise memang takde kesempatan la, tapi aku buat keje rumah, memang dari dulu tak pernah nak amik maid atau upah orang bersihkan rumah. Pastu layan anak main2. Lagi satu aku memang kuat berjalan, suka la jalan2 shopping complex, taman2, lagi pulak dah ada anak nih.

Dengan supplements tadi tu, aku rasa lebih kuat, dah kurang sakit pinggang, lutut & bisa2 tapak kaki. Nak kata totally gone takde la, tapi kurang sangat2, ada kala tu rasa sihat 100%.

Aku pun dah kurang amik EL, MC. Migraine, gastrik, astma pun makin kurang. Anak aku pun alhamdulillah, bertambah sihat. Dia pun makan multivitamin untuk kanak2 tu & mengecek sebijik omega3 aku. Aku pun biasakan dia minum air kosong. Mana2 kitorang pergi sentiasa ada bekal air kosong.

Dari segi kerohanian, hidup mesti ada pegangan, Allah sebaik2 pelindung. Hati tenang, kita pun gembira. Istiqomah solat dhuha, mohon pada Allah rezeki kesihatan. Solat tahajjud pun dapat bantu kecergasan fizikal, cuma aku belum cukup kuat nak bangun dari tido tu jek la. Kalo tak silap la, betulkan eh kalo salah, Rasulullah pun ada skip tarawih, tapi tak pernah tinggal tahajjud.

So kalo minat nak beli Omega Guard (anak pun boleh makan), Lecithin, Alfalfa, etc yang banyak membantu aku turunkan berat badan & inci nih, leh kontek saya Nabyha 0122487763. Nak beli barang2 shaklee lain pon buleh, ok tq 😘

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...