Nuffnang Ads

Sunday, September 7, 2014

BPM Bowling 6 Sept 2014

5 dari 6 bergambar dulu, si Kecik yang bawak itik tu bukan peserta yer, penyibuk lagi ada haha ya ampun
Ofis aku atau sebenarnya Kelab kat ofis aku yang menganjurkan pertandingan bowling nih kat bowling Wangsa Walk. Sebagai AJK jugak, ada la nolong sikit2, hehe. Aku pun tahun nih la dapat join, Comel kan dah besar sikit jadik boleh la dia duduk setempat ditemani tablet.

Gini la nasib mak2, sampai bila2 pon tokleh wakil negara, ahaks alasan ya ampun
Budak kedekut, jangan harap la ko nak kongsi tablet dengan dia
Haha, ye la duduk setempat kan. Ada satu kali tu aku nak buat balingan ke-2, boleh pula dia nak dukung. Aku pun baling jek la sampai dukung anak. Ke longkang la jawabnya, hahaha...

Tengok tu, memang tak reti dok diam

Markah pulak, 1st game dapat 77 pins. 2nd game 91 pins, itu pun satu kali sumbangan dari kolig sebab aku pergi beli Chatime untuk Comel, ingatkan sempat la kan. Ala main untuk suka2 jek kan.

Tangan aku kan ada simptom2 karpal tunnel. Tapi akhir2 nih dah makin ok, wpun tak la sekuat dulu kan. Masa awal2 tu nak angkat kitab pun tak larat, sekarang dah ok sikit. Jadik kena la hati2, inilah tangan carik rezeki & suap rezeki juga. Siap2 la pakai wrist brace, alhamdulillah takde kecederaan sepanjang perlawanan, eceh perlawanan ke longkang lagi ada, harq harq.

Boss pon join, terima kasih juga sebab menaja separuh yuran
Game memang seronok, Unit kitorang hantar 2 team, boss pun main sekali, semua sporting abes la. Sampai hari nih pun aku cuma lenguh kaki kiri jek, masa game tu pun aku pakai tights 2xu, ye la dah lama giller tak main kan, kang terkehel aku jugak yang susah sorang2, huhu.

Peserta bowling dapat goodies bag
Acara berjalan lancar, aku sampai pun awal, paling awal. Tapi sebab tertinggal henpon, aku balik dulu & bila datang balik, kengkawan pun ramai dah sampai. Masa aku sampai kali pertama tu, Comel tersedar dari tido & moody sampai takmo pakai kasut. Sekali dia perasan kawasan parking tu dekat dengan Wangsa Walk, terus dia sebut "white air, horse". Maksudnya signature pearl milk tea Chatime & kuda carousel kat tempat game di aras yang sama. Terus mood baik ok & beri kerjasama, hai la anak.


Makanan pun ok2, ada coklat yang Comel sakan la ngabiskan. Pasal makan tu asal ada brekfes la kan, lunch tu kitorang memenuhi jemputan kolig, Kak Ah yang akan menunaikan haji tak lama lagi. Tempatnya di Ti Food Corner, dekat2 situ jugak.


Makanan situ superb la, paling terboek ada ulam, ikan bulus kering & sambal tumis udang petai. Pisang goreng dia pun rangup. Menurut kata bf kepada kolig aku, harga dia boleh tahan jugak. Tapi kira ok la sebab portion besar, ayam dia pun besar & makanan boleh tahan sedap. Kitorang pun setuju, kalo harga bawah sikit dari market price, tapi ayam sejoreng kecik jek, ikan pun besar sikit dari ikan bulus kering tu, baik aku makan yang harga sikit mahal tapi puas hati kenyang.

Majlis dimulakan dengan doa selamat yang aku percaya dari ahli masjid terdekat keluarga tuan2 rumah. Yang leading juga nampak masih muda, tapi sedap suara & lancar bacaannya, mesti lulusan sekolah agama nih.

Nanti Mummy dah tua jangan segan suap Mummy yer :sedih:
Aku & Comel balik dengan perut yang kenyang, siap dapat door gift dari tuan rumah pulak, sejadah dalam paper bag, alhamdulillah. Buat susah2 jek tuan2 rumah nih, dah berbelanja untuk haji, jamu kami makan, dapat door gift pula. Semoga murah rezeki tuan2 rumah & mendapat haji yang mabrur, insyaa Allah.

Dapat lagi goodie bag, alhamdulillah rezeki
Ps: Gambo2 dari koleksi sendiri, fb koligs & blog novaleeza.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...