Nuffnang Ads

Friday, January 23, 2015

Duit raya Comel 2014

Baru nak kira duit raya Comel, hehehe...

Alhamdulillah, terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, Comel berjaya mengutip RM358 pada tahun 1435H bersamaan 2014.

Tahun 2013 kalo tak silap la, dapat dalam RM200+ kot. Tahun lepas dapat banyak sikit sebab hampir semua kaum keluar balik JB, raya memang meriah sakan la dengan open house, bbq, birthday party, etc.

Dah tiba masa Mummy bukak akaun untuk Comel, punya la bertangguh. Insurans pun nasib baik la kawan aka agent yang follow up.

Wpun Mummy macam mak2 yang lain yang nakkan kejayaan anak, Mummy tak simpan harapan yang tinggi untuk Comel melanjutkan pelajaran dalam bidang sains & teknologi, etc, diploma sampai phd. Kalo Comel minat memasak, menjahit, Mummy akan sokong, insyaa Allah. Ada la sikit simpanan Mummy sediakan untuk Comel nak belajar, nak ambil sijil sampai diploma ke, kalo nak lanjut lagi tanggung la sendiri yer, haha. Sebab nanti modal nak mula bisnes pun kena sedia banyak.
Bila dah tua nih baru Mummy faham, rezeki datang dari Allah. Kerja Mummy nih adalah tanggungjawab. Semoga Comel sayang Mummy nan satu nih berjaya di dunia dan akhirat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...