Nuffnang Ads

Saturday, January 10, 2015

Kpop

Komen kepada video awek2 bertudung atas stage konsert kpop yang tengah viral sekarang nih.

Akak takmo share gambo atau video korang tu, nanti mengaibkan lagi pulak, wpun ramai kata korang yang mula2 mengaibkan diri masing2.

Akak pon tak tengok konsert tu, tatau berapa ramai yang naik stage, ada yang free hair ke tidak, etc. Cuma orang dok share korang2 yang pakai tudung nih atas stage peluk2 dengan artis kpop tu.

Akak tengok pakaian korang bagus dah wpun tak fashionable nacam hijabista yang akak tengok kat fb & majalah2. Tudung tutup dada, baju labuh & longgar. Tapi...

Tapi tu la, korang biar jek kpop tu pegang2, peluk2 korang & korang pon peluk dorang balik. Apa yang akak nak katakan, jagalah imej bertudung & pakaian sopan korang dengan tingkah laku yang baik. Iyer, akak pon muda jugak, ada jugak minat2 artis, hey akak pon free hair dulu, kalo ikutkan pakaian korang lagi baik dari akak. Tapi akak nak bagi nasihat secara terbuka nih.

Sekarang nih ramai pakai tudung dah, banding zaman mak2 kita. Tapi ramai jugak yang tak pakai tudung lagi & ada antara  dorang nih tak respek pon kita yang bertudung nih. Cuba baca komen2, "baik bukak tudung terus", etc etc. Pada akak tudung tu dikekalkan, akhlak dibaiki. Sebab tu kita saling tegur menegur kan?

So topik utamanya adalah akhlak. Kita berubah, kita bertaubat, kita baiki, tak kisah la pakai tudung ke tidak. Sebab rata2 sekarang nih cam gini:

1. Bertudung = berakhlak mulia
2. Free hair = akhlak mulia adalah optional
3. Non muslim = takde akhlak pon takde

Itu semula salah, apa pun cara pakaian yang sopan, apa pun agama, akhlak mulia adalah hak milik setiap insan. Akak ada kawan Kristian yang moral dia lebih baik dari sebilangan kawan2 Muslim akak.

Kalo zaman tok nenek kita, yang moyang kita pon belum tentu pakai tudung, anak2 dara sentiasa mendapat perhatian jiran tetangga sekampung & kampung2 sebelah. Jangan harap la nak merayap2 dating2 apatah lagi nak tengok konsert. So akhlak adalah perkara utama di sini.

Maksud akak, kita jaga perangai kita. Akak pon penah nakal2 tapi zaman akak takde youtube fb yang bleh tersebar apa kita buat, zaman korang bende dah naik kat www akan kekal situ siap berkembang biak menjadi viral.

So kita jaga imej kita, sebagai wanita bertudung. Cukup la orang kutuk kita yang bertudung nih, cukup la orang hina kita sampai suruh kita bukak tudung sebab perangai kita.

Ps: Masa sheik muzaffar datang ofis akak dulu, ramai jek kawan2 akak ubah pendirian & pegi salam angkasawan negara tu. Orang2 hensem adalah ujian jua, rendahkan pandangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...