Nuffnang Ads

Sunday, January 18, 2015

Meat U Here Steak House @Me'nate

Sesi makan di Meat U Here Steak House nih dah lama tapi sebab kawan aku, Nova Leeza the Food Blogger mintak buat blog post kan, aku tunaikanlah permintaan dia.

Aku pergi nih lepas balik keje & juga sebab tak kesampaian nak makan steak kat JB tempoh hari. Ada 2 tempat yang aku target, satu di sini & satu lagi Ayers Rock. Dua2 di kawasan yang sama, walking distance jek beza jauh di antaranya.

Tapi aku pilih Meat U Here sebab tatau la, aku macam teringat rasa dia. Kalo ikutkan aku takde la minat sangat dengan marinate dia, tapi macam suka, kenapa eh?

Takpe la, aku pon menuju ke situ lepas amik Comel dr Nanny. Sampai di sana restoran kosong, seperti biasa pekerja menyambut kami dengan mesra. Aku pun mula pilih steak dalam bekas chiller. Ya steak siap potong & label dengan harga & berat, serta ada cop Me'nate & halal jakim. 

Aku pilih grass fed ribeye yang seberat 300g+, harga RM45.60, pilih cara masak yang semestinya "medium", tambah order mushroom soup untuk Comel (yang juga dioffer spaghetti tapi dia yang tak nak) & ambik tempat duduk.

Kat sini, harga satu hidangan steak adalah harga yang tertera pada label. Kita akan dapat steak yang dimasak ikut preference doneness kita, coleslaw, mashed potato & brown sauce sekole kecik. Tulis nih jek dah teringat steak, drooling... huhu sabo jek la.

Selain itu, hidangan steak juga datang dengan minuman sejuk & panas, free flow dari dispenser. Minuman sejuk 4 jenis & minuman panas pelbagai pilihan kopi & teh. Berbaloi kan? Ini juga punca utama aku datang ke sini. 

Dalam beberapa minit, mushroom soup pon sampai. Apa jua jenis sup memang kegemaran Comel, puas dihirup sup yang juga siap dengan roti bakar. Aku pon tumpang makan sama, cuma pada aku sup dia cair dari biasa, untuk budak2 ok la, tapi roti dia sedap, cukup rasa bawang putih & butter.

Beberapa minit kemudian steak aku sampai, pergh terliur. Medium doneness cukup menyelerakan, cuma kalo dibandingkan dengan Ayers Rock, di sini bahagian luar lebih masak. Aku pon tak berapa reti level of doneness, tapi kalo ke Ayers Rock aku akan pilih medium well untuk doneness yang setara. Steaknya juicy & meriah dengan rasa marinade. Coleslaw pada aku terlebih sauce, mashed potato pulak ok.

Satu lagi yang berbeza, steak dimarinate dengan sos yang aku rasa macam marmite. Tak pernah pulak aku nak tanya, bila steak sampai jek mula misi menghabiskan steak kendian dah lupa segalanya. Insyaa Allah kalo ada rezeki lagi aku akan tanya, itu pun kalo tuan kedai nak kongsi rahsia la kan. 

Alhamdulillah kenyang, habis steak, habis jugak sup & roti si Motet nih makan. Kenyang betul 300g+ nih, lepas ni sini ambil kurang dari 300g je dah cukup. Aku sudahi dengan kopi sambil anak jalan2 keliling restoran umpama MB melawat tapak. 

Selain steak, restoran nih yang namanya juga steak house, menjual daging mentah & daging yang dah siap macam pepperoni, salami, etc. Kalo rajin nak buat pizza memang sesuai la ada simpan stok, takpun sesuai juga campak dalam spaghetti & sandwich. 

So kalo berminat boleh la pergi steak house nih, highly recommended. Lokasinya bersebelahan Wangsa Walk Mall, sederet & di antara parking Wangsa Walk Mall & Tutti Fruitti, atau boleh call 0129111777, senang nak ingat nombor dia. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...