Nuffnang Ads

Tuesday, January 6, 2015

Menang kasut pulak

Yey, I won these weird shoes!

Mahal jugak eh kasut nih, harap2 dapat la dalam saiz aku. Kalo tak kene jual la jawabnya, owh boo...

Aku masuk contest dalam majalah  Women's Weekly bulan Oktober, dorang baru jek bagi aku sms nih. Dalam 2 bulan jugak la kan kene tunggu. So patut bulan Jan nih kuar la nama aku dalam senarai pemenang, alamak tak beli lagi nih!

Aku memang suka masuk contest. Ada la sikit2 tips nak menang, tapi apa2 pun Allah yang bagi rezeki kan?

Kalo magazine contest, ko kene hantar penyertaan seawal mungkin. Magazine kan selalu keluar dalam seminggu atau kurang dari 1hb setiap bulan.

Kalo kene hantar sms, dia ada tarikh buka, jadik kena la invest sikit duit hantar sms yang dorang takkan terima sampai la tarikh dorang bukak sistem.

Kalo pos, hantar jek sebelum hujung bulan, lagi awal lagi bagus. Insya Allah menang.

Setakat nih cita2 aku nak menaip set mekap yang featured kat cover magazine, tak kisah la apa brand, tapi semuanya branded la. Geram jek tengok, set tu bukan pallette ok. Maybe one day kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...