Nuffnang Ads

Saturday, January 30, 2016

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka

& share our journey with other mothers.

Semua mak nak yang terbaik untuk anak masing2. Kawan2 aku anak2 dorang macam2 peringkat umur, beza 1 tahun muda/tua dari Mysarah. Kitorang suka tukar2 cerita pasal anak.

Risau mikir anak nak masuk darjah 1, sekarang silibus dah lain tak macam dulu, advance. Risau2 aku pon masih lagi bagi Mysarah main2 & masukkan la dia tadika supaya boleh belajar bergaul & belajar sistem sekolah, tu jek target aku buat tahun ni. Sebab dia pon baru jek masuk umur 4 tahun.

Kalo nak ajar membaca, mengira boleh jek tapi aku nak dia asah bakat & minat dia, memandangkan masa aku pon terhad sebab kerja kan. Kang balik keje kena study, weekend kena study. Bagi la dia main2 & kembangkan kreativiti dia dulu. Belajar vocabulary, express diri dia melalui perbualan, kemahiran pakai pelbagai medium melukis, mewarna, sayang buku, buat kerja rumah serba sedikit.

Sebab masa aku masuk darjah 1 dulu, aku pandai dah baca, mengira, bab sosial tu memang tak reti esek nangis jek kat sekolah. So aku nih nampak bodoh sebab pendiam & tak reti get along dengan budak2 lain, tapi lama2 cikgu tengok ok budak nih, dari kumpulan F aku gerak sikit2 pergi kumpulan A.

Ada kawan aku risau sebab anak belum faham english, sebab Mysarah sejak baby dah layan tablet & baby/kids tv channels jadi dia faham la english tu. Itu pon aku guna kaedah tradisional iaitu dwi bahasa. Contoh: Mysarah go take a shower, Mysarah pergi mandi. Lama2 dia akan faham jadi boleh guna ayat english jek. Kawan aku guna, kejap jek anak dia dah faham, kannn. Budak nih satu, memang cepat belajar. Kalo orang tua, sebut youth jadik 'yautch' makan berminggu la nak perbetul tu pon sebutan jadik 'yus', haha... Kalo budak ulang 3 kali jek dah boleh ikut kita sebut satu ayat.

Aku doa sangat anak keturunan aku lebih baik dari mak bapak dia, jangan la waris perangai pelik2, biar bijak & menyenangkan hati orang & Allah sayang, insyaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...