Nuffnang Ads

Sunday, April 17, 2016

Teksi atau kereta sapu (Uber, Grabcar, etc)

Lama duluuu lagi sblom ada Uber, Grab atau Myteksi lagi dah jadi camni. I feel you, dik. Akak dok Larkin gini la gayanya, dengan jadual masa bas yang terhad, teksi jek la harapan nak berulang alik.

Bila aku dah ada kereta, punya la hepi sebab dah tak perlu nak layan karenah pemandu teksi yang tak beretika. Sebenarnya aku dah banyak kali dah gaduh dengan pemandu teksi kat JB, puncanya sebab tak pakai meter, charge sesuka hati, ikut jalan jauh & biadab. Cuma 1:5 jek pemandu teksi yang beretika, tu pun tak pakai meter jugak, akak rasa ok sebab dorang dah nego harga awal2 (kalo aku tak amik kang camne nak balik rumah tengah2 malam hari?).

So far kat KL pengalaman aku ok, ada la few cases yang tak beretika tapi kurang2 nak pakai meter. Kat KL aku lebih selesa naik tren, masa blom ada kereta dulu. Dan kita sebagai penumpang hulur2 la sikit duit tips kalo dorang charge ikut meter, kita pun naik teksi yang bagus & selamat sampai rumah.

Bulan lepas, aku naik Uber sebab kereta seharian kat pusat servis. Dua kali aku naik Uber dalam sehari tu untuk perjalanan yang pendek jek pon. Verdict: aku suka Uber 👍 Kereta bersih, pemandu peramah, takde masalah salah/tatau jalan sebab guna Waze, bil murah... sangat2 murah.

Bukan tak nak bantu pemandu teksi, sepanjang aku naik teksi ada a few jek yang baik2. Aku pon takmo risikokan diri naik teksi yang pelik2 lagi & believe me banyak jugak yang pelik2 lagi2 bila pompuan muda travelling alone (dulu la muda). They attack Islam, Kerajaan, talk about sex, tu blom yang suka2 pegang tangan orang suruh naik teksi dorang. Biadap sungguh, yang buat tu pon kebanyakan lelaki melayu islam.

Sebab tu ada coach wanita dalam tren yang lebih selamat dari teksi. Takkan tak terfikir teksi untuk wanita kan? Ok tau tak ekonomik, yang open sekarang ni pon macam2 cara nak charge melampau kat penumpang kan.

Aku bukan nak menangkan Uber atau kalahkan teksi, tapi teksi kena berubah untuk beri perkhidmatan yang terbaik untuk penumpang. Kita akan naik teksi, macam kita naik Uber, etc.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...