Nuffnang Ads

Saturday, May 27, 2017

Kemenangan demi kemenangan... ewah πŸ˜…

Antara kemenangan akak hasil menceburi bidang pertandingan & kuiz 😁

Sejak akak keje kat KL tahun 2004, akak aktif masuk pertandingan dalam majalah, isi borang kat pasaraya & kemudian social media bila instagram & facebook semakin popular. Ada jugak aku join kuiz kat events, pertandingan anjuran ofis, etc. Sebab aku suka menang hadiah πŸ˜…

Kenapa kena tunggu dok KL baru aktif? Sebab hadiah semua kena pickup kat KL, gituuu...

Setakat nih macam2 aku dah menang, vouchers, hamper makanan, hamper toiletries, mekap, skincare, kasut, buku, plushies & macam2 lagi.

Kenangan paling besh bila dapat kasut Melissa + Karl Lagerfeld yang bernilai RM600+ sebab bende alah tu letak kat kaki tapi mahal giller kan, imo.

Kenangan paling tak besh adalah kena tipu slimming centre kunun aku menang satu session padahal nak pengaruh soh beli satu pakej. Tu memang aku hangen, terus aku tanak amik apa2 dari dorang.

Aku berazam untuk menang hadiah yang lebih besar & lebih lumayan seperti kereta & rumah, hehehe... amiin... Akak janji kalo akak menang rumah, akak buat housewarming untuk semua friends ada dalam ig & fb akak nih, insyaa Allah 😘😘😘

Saturday, May 20, 2017

Super friendly Motet

Anak aku nih peramah betul la. Memang lain dari perangai aku. Tau tak dia ikut sape? Dia ikut nenek dis, yer Mak aku yang tercinta.

Aku in jenis introvert sikit, ada masa anti social & socially awkward. I tried so hard to be social. Tapi anak aku peramah dah sejak baby.

Pegi mana2 jek, asal jumpa budak2 lebih kurang sebaya dia, mesti nak pegi tegur, "Hi!". Wpun selalunya tak dapat balasan, sama ada budak tu padang balik pelik kat dia atau menyorok, anak aku tetap tak putus asa.

Bagus la kan, bila dia bertegur sapa dengan budak2 lain, selalunya aku perati jek dari jarak selamat. Budak2 yang rajin layan dia balik selalunya bangsa lain, mostly Cina, siap macam kawan baik la pulak.

Masa dia toddler dulu tade la aku expect dia akan jadi peramah, aku cuma nak dia jadi expressive jek. Contoh boleh cerita apa perasan dia, apa yang dia dah buat. Aku biasakan dia buat simple presentation pasal artwork dia & record dalam video. Lama2 dia pulak mintak amik video 😅

Sebab nanti kat sekolah senang kan. Budak2 ramai jek belajar pandai, tapi tak semua yang pandai express diri sendiri. So i hope this would help. Tengok cara macam dia nih semulajadi jek.

Monday, May 1, 2017

Tips mekap mata

Ewah bagi tips pulak 😅
Takde la, kawan2 akak ada tanya camne akak mekap mata kan. Caranya begini.

Mula2 kena kenal pasti bentuk mata. Kalo mata kita kecik, maka tak boleh la tiru mekap orang bermata besar, kena cari mata yang lebih kurang sama macam kita. Contohnya akak suka tiru mekap Dato Siti Nurhaliza @ctdk.

Kendian kita praktis, practise makes perfect. Gunakan earthy tone untuk lebih selamat. Mesti pakai 4 warna nih kalo nak nampak glam.

1. Highlight: cream, vanilla, ada shimmer pon bagus. No white, or any light color.
2. Lid: salmon, coral, light brown. Avoid glittery color sebab kang kalo mata kecik lagi nampak kecik.
3. Crease: medium brown, chocolate, maroon, dark red. Shimmer is ok.
4. Liner: black & only black. Preferably matte.

Finishing: black liquid eyeliner with felt/pen tip & black mascara.
Dengan 4 kaler nih cukup dah boleh pakai keje, gi jenjalan, gi beraya, etc. Yang dalam gambo nih akak pakai Nicka K, beli kat Watsons. Kalo nak senang hidup beli Maybelline Big Eyes eyeshadow, siap dah 4 kaler.

Eyebrows akak tak reti lukis, mine is naturally bushy sepah2 jadi akak biar jek dia camtu. Sebab kurang ilmu nih la akak banyak tolak jadi MUA, kang kening ko jadik sin chan jangan marah akak yer, huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...