Nuffnang Ads

Saturday, May 20, 2017

Super friendly Motet

Anak aku nih peramah betul la. Memang lain dari perangai aku. Tau tak dia ikut sape? Dia ikut nenek dis, yer Mak aku yang tercinta.

Aku in jenis introvert sikit, ada masa anti social & socially awkward. I tried so hard to be social. Tapi anak aku peramah dah sejak baby.

Pegi mana2 jek, asal jumpa budak2 lebih kurang sebaya dia, mesti nak pegi tegur, "Hi!". Wpun selalunya tak dapat balasan, sama ada budak tu padang balik pelik kat dia atau menyorok, anak aku tetap tak putus asa.

Bagus la kan, bila dia bertegur sapa dengan budak2 lain, selalunya aku perati jek dari jarak selamat. Budak2 yang rajin layan dia balik selalunya bangsa lain, mostly Cina, siap macam kawan baik la pulak.

Masa dia toddler dulu tade la aku expect dia akan jadi peramah, aku cuma nak dia jadi expressive jek. Contoh boleh cerita apa perasan dia, apa yang dia dah buat. Aku biasakan dia buat simple presentation pasal artwork dia & record dalam video. Lama2 dia pulak mintak amik video 😅

Sebab nanti kat sekolah senang kan. Budak2 ramai jek belajar pandai, tapi tak semua yang pandai express diri sendiri. So i hope this would help. Tengok cara macam dia nih semulajadi jek.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...